“SYAITAN” TIDAK MAHU ANDA MELIHAT KEINDAHAN MATAHARI TERBIT.


Sewaktu anda masih kecil, tentu anda pernah melihat dan menikmati keindahan langit terutamanya ketika matahari mula terbit dan juga ketika ia mula terbenam . Ia sungguh indah sehingga anda terpegun dengan kecantikan langit tersebut dan anda akan terus memuji Allah SWT kerana Dia adalah Pencipta langit tersebut.

Kini tidak ada lagi keindahan tersebut kerana “mereka” iaitu Khazar Satanist @ Illuminati tidak mahu anda memuji Pencipta langit. Mereka tidak mahu anda terpegun dengan keindahan langit sewaktu matahari terbit dan sewaktu matahari terbenam.

Matahari Terbit (7.00 pagi - 7.20 pagi)

Matahari terbit pada pukul 7.00 hingga 7.20 pagi setiap hari. TETAPI Khazar Satanist @ Illuminati tidak mahu kita melihat keindahan cahaya matahari tersebut. Mereka sengaja menutup cahaya matahari sewaktu ia terbit kerana ia mempunyai banyak kebaikan untuk manusia. Setiap minggu, anda hanya akan berjaya melihat matahari terbit sebanyak 1 kali sahaja kerana “mereka” akan menutup cahaya matahari terbit selama 6 hari dengan cara membentuk awan hitam yang panjang ataupun dengan cara menjadikan langit mendung penuh dengan awan tebal yang gelap.


Gambar dibawah menunjukkan keadaan yang sepatutnya anda lihat sewaktu matahari terbit. Tetapi sungguh sedih kerana “mereka” hanya membenarkan anda melihat cahaya matahari terbit sekali sahaja dalam seminggu.


Matahari Waktu Pagi (7.30 pagi - 9.00 pagi)

Cahaya matahari pada waktu pagi iaitu diantara pukul 7.30 pagi sehingga 9 pagi juga sering dihalang cahayanya daripada dilihat oleh manusia. Setiap minggu, anda hanya akan berjaya melihat cahaya matahari pagi (7.30 pagi sehingga 9 pagi) sebanyak 3 kali sahaja kerana “mereka” akan menutup cahaya matahari pagi selama 4 hari dengan cara membentuk awan melindungi matahari  ataupun dengan cara menjadikan langit mendung penuh dengan awan tebal yang gelap.


Teknologi apakah yang digunakan oleh Khazar Satanist @ Illuminati untuk menghalang cahaya matahari tersebut?

Adakah anda pernah mendengar perkataan “HAARP”?

“HAARP” atau digelar sebagai  “High Frequency Active Auroral Research Program”  merupakan suatu teknologi yang sering digunakan oleh Khazar Satanist @ illuminati untuk mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak lagi.


Siapakah yang mengawal HAARP?

“HAARP” adalah dikawal oleh “DARPA” (Defense Advanced Research Projects Agency).
Mereka adalah agen untuk Khazar Satanist @ Illuminati. Setiap hari mereka akan duduk di depan skrin komputer sambil jari mereka menaip “keyboard”. Kerja mereka setiap hari ialah “mengubahsuai cuaca” melalui komputer dengan bantuan dari Satellite. Mereka adalah “Syaitan” yang sedang berlagak seperti Tuhan.


Kenapakah mereka hendak menghalang kita dari melihat cahaya matahari terutamanya sewaktu matahari terbit dan juga cahaya matahari pada waktu pagi?

Kebaikan Cahaya Matahari

Matahari menghasilkan sinaran UVB yang akan membantu kulit kita untuk menghasilkan vitamin “D”. Manusia yang mempunyai vitamin “D” yang mencukupi didalam badan akan menjadi orang yang paling sihat. Mereka tidak akan menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, penyakit  batuk kering, Asthma dan juga sakit jantung.

Manusia yang selalu mendapat cahaya matahari akan mendapat banyak kelebihan iaitu otot mereka akan sentiasa sihat, paru-paru yang cergas, tekanan darah menjadi stabil, mematikan sel kanser, menguatkan tulang dan banyak lagi kelebihannya.

Para saintis dari Warwick Medical School di UK telah membuat suatu kajian tentang vitamin “D” dan mereka memberitahu bahawa orang yang mempunyai vitamin “D” yang sentiasa mencukupi di dalam badannya maka akan kurang risiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis.
Menurut seorang doktor pakar dari Warwick Medical School, UK yang bernama Dr. Johanna Parker bahawa mendedahkan diri kepada cahaya matahari merupakan cara yang paling terbaik untuk mendapatkan vitamin “D” dalam badan.


Pada tahun 1903, seorang doktor yang bernama Niels Finsen telah dianugerahkan pingat Nobel kerana beliau telah berjaya mengubati penyakit batuk kering dengan bantuan sinaran UVB. Banyak hospital yang dibina pada tahu 1950-an adalah menghadap matahari supaya para pesakit akan mendapat sinaran UVB.

Tetapi kini, oleh kerana sinaran UVB dari matahari adalah percuma maka Khazar Satanist @ Illuminati telah mula untuk menyembunyikan fakta tentang sinaran UVB percuma. Mereka tidak mahu manusia mengetahui tentang kelebihan cahaya matahari. Mereka mula memasarkan ubat kimia yang merbahaya kepada tubuh manusia. Ubat tersebut pula dijual dengan harga yang sungguh mahal.


Kebaikan cahaya matahari sewaktu ia mula terbit dan ketika terbenam

Anda digalakkan untuk melihat cahaya matahari pada waktu pagi iaitu selepas matahari terbit. Lihatlah untuk beberapa saat. Anda akan dapat melihat perbezaannya. Jangan tertipu dengan pendapat yang mengatakan kononnya mata akan rosak akibat pancaran UV (Ultraviolet). Ini adalah  kerana cahaya matahari pagi (7.00 pagi sehingga sejam kemudiannya)  tidak ada sinaran UV.

Jika anda menggunakan “Sun Glasses” atau cermin mata hitam untuk melindungi mata anda daripada pancaran cahaya matahari, itu adalah suatu kesilapan yang amat besar kerana anda telah menghalang cahaya matahari dari memasuki ke dalam “Pineal Gland” anda.


Cahaya matahari amat penting untuk “Pineal Gland”.

“Pineal Gland” terletak di bahagian tengah otak manusia. Ia amat kecil iaitu sebesar saiz kacang dan berbentuk seperti pokok pine. Ia dipercayai mempunyai fungsi yang amat penting dalam kehidupan seorang manusia.

“Pineal Gland” menghasilkan hormon “Melatonin” dan “Seratonin”. “Pineal Gland” juga menghasilkan DMT (Dimethyltryptamine) dan ia juga amat penting untuk kehidupan manusia.

“Pineal Gland” memerlukan cahaya matahari untuk berfungsi dengan baik. Cahaya matahari akan membantu “Pineal Gland” untuk menghasilkan “Serotonin”.  Ia penting untuk manusia mendapatkan “tenaga” dan juga “emosi yang baik”.


Kesimpulan

Sekiranya anda berpeluang untuk melihat keindahan cahaya matahari terbit (7 pagi sehingga 7.20 pagi) dan juga berpeluang melihat cahaya matahari terbenam (7 malam sehingga 7.30 malam), maka anda adalah orang yang amat beruntung kerana pada zaman sekarang adalah amat susah untuk melihat keindahan tersebut.
Ini adalah kerana Khazar Satanist @ Illuminati tidak mahu kita melihatnya.

Cuaca di bumi kita kini sentiasa dikawal oleh Khazar Satanist @ Illuminati. Mereka mempunyai agenda jahat iaitu untuk mengawal dan menguasai seluruh dunia. Itulah yang dinamakan sebagai “New World Order”.


Sumber rujukan:

11 comments:

  1. assalamualaikum dan hi admin.

    boleh ceritakan sedikit kejadian kat australia sekarang.. berkenaan bushfire..disebabkan manusia ke ? kebakaran tersebut disengajakan atau bagaimana ?

    semoga admin n family sihat2 saja dan dijaga Allah selalu.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebakaran hutan di Australia adalah berpunca dari Directed Energy Weapon (DEW). Khazar Satanist @ Illuminati hendak melihat berapa jauhkah mereka boleh pergi dalam menjayakan misi mereka untuk mewujudkan "New World Order". Mereka hendak melihat adakah sesiapa yang berani membangkang mereka ketika mereka membakar hutan dengan menggunakan teknologi DEW. Mereka telah berjaya membakar hutan di California, Brazil, Indonesia dan hampir di seluruh dunia. Tidak ada sesiapapun yang berani membawa mereka ke muka pengadilan.Mungkin kerana mereka tidak tahu apakah itu teknologi Directed Energy Weapon (DEW).
      Anda boleh membacanya dalam Blog ini
      https://bumiyangtercinta.blogspot.com/2018/09/senjata-dajjal-yang-terbaru-adalah.html

      Delete
  2. nauzubillah. jahatnyalah dorang ni.. :(

    terima kasih atas perkongsian.

    moga admin dan family dalam jagaan Allah selalu. amiin.

    ReplyDelete
  3. Apakah project bluebeam itu betul2 ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Project Blue Beam memang wujud. Ia adalah suatu teknologi yang dimiliki oleh Khazar Satanist @ Illuminati.
      Sekirannya anda terjumpa sesuatu yang pelik di langit contohnya seperti wajah manusia, binatang, sebarang objek atau grafik, maka itu adalah teknologi Blue Beam.

      Delete
    2. yaAllah... seriously ??? baru-baru ni saya nampak awan berbentuk kepala manusia melihat kebulan dalam keadaan ketawa...masa tu pagi.. memang jelas macam kepala manusia sedang ketawa.. so saya takut dan tak tangkap gambar awan tu pun masa tu.. saya bagitau kawan saya n dia cakap imaginasi saya je kot.. but memang betul2 nampak manusia tengah ketawa tengok ke bulan.. eiii seram..nauzubillah..

      Delete
  4. Salam admin, tolong bahas pasal corna virus, ni usa dah patent virus ni dari lab mereka https://patents.google.com/patent/US7220852 tolong admin, rasa dari 2015 sy komen x pernah admin balas dan approve kopmen sy. tq admin

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan manusia hari ini tidak mempedulikan hal semasa yang dianggap tidak penting,alhamdulillah semoga kita terpelihara oleh musuh yang bersembunyi disebalik sesuatu

    ReplyDelete
  6. Jgn lupa allah maha berkuasa ats segalanya

    ReplyDelete
  7. Orgonite/chembuster atau penggunaan crystal waktu skrg ni adakah masih boleh? Adakah pergerakan/group di Malaysia yg menggalakkan benda ni?

    ReplyDelete
  8. Min hujan lebat sampai banjir kat pantai timur ni pun keje illuminati ke?. Habis tenggelam rumah orang. Mohon pencerahan daripada admin.

    ReplyDelete