Pada 26 December 2004, telah berlaku satu trajedi yang
menggemparkan seluruh dunia. Tragedi tersebut telah mengorbankan lebih dari
500,000 manusia. Angka yang sebenar tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun.
Tragedi tersebut ialah “tsunami” atau digelar “ombak besar”
telah berlaku di Lautan Hindi berhampiran pantai barat Aceh dan tersebar ke kawasan-kawasan
pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia.
Gempa bumi yang kononnya sebesar Skala Richter 9.0 ini
berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan telah mengakibatkan “tsunami”.
Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10
meter.
Ramai yang menyalahkan “takdir” dan “gempa bumi” sebagai
punca berlakunya tsunami 2004.
TETAPI tahukah anda bahawa tsunami yang berlaku pada 26 December 2004 itu adalah buatan manusia?
Seorang wartawan bebas dari Australia yang bernama Joe
Vialls telah membuat suatu pendedahan yang menggemparkan dunia.
Joe Vialls
Menurut Joe Vialls, bahawa tsunami yang berlaku pada 26
December 2004 itu adalah buatan manusia.
Berikut adalah fakta dan penjelasan yang diberikan oleh Joe
Vialls:
Fakta 1:
Penggunaan bom “American 9 megaton W-53
thermonuclear warhead”
Gambar dibawah menunjukkan bom yang digunakan untuk meletupkan dasar laut Sumatra dan akhirnya mengakibatkan Tsunami pada 26 December 2004.
Bom “American 9
megaton W-53 thermonuclear warhead” adalah bom yang dipercayai telah digunakan untuk meletupkan dasar laut di Sumatra berhampiran Aceh. Bom ini
adalah milik Pentogan di Amerika tetapi telah diseludup oleh orang tertentu.
Bom ini adalah yang paling sesuai untuk menahan tekanan air laut yang dianggarkan sebanyak 10,000 paun untuk setiap inci di dasar laut “Sumatran Trench”. Bom ini cuma 5 ton sahaja beratnya dan mudah untuk dimuatkan didalam mana-mana kapal secara rahsia.
Fakta 2: Corak gegaran
yang berlaku adalah sama dengan corak gegaran yang berlaku di Nevada setelah
berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.
Pada 26 December 2004, telah tercipta suatu gelombang besar
dari dasar laut di “Sumatran Trench” iaitu sekitar 155 batu dari daerah Aceh.
Gelombang besar itu bergerak pada kelajuan 18,000 batu sejam
dan telah sampai ke Banda Aceh dalam masa 32 saat dan telah mengakibatkan
gegaran bumi selama 13 saat, (Ciri-ciri Ini adalah sama seperti yang berlaku di
Nevada setelah berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.)
Selepas berlakunya gegaran, tidak ada apa-apa berlaku selama
22 minit. Tidak ada kecederaan, harta benda tidak musnah. Kemudian secara tiba-tiba
muncullah “Tsunami” yang dahsyat yang akhirnya memusnahkan setiap yang di
berada dilaluannya.
Fakta 3: Bacaan
skala Richter dari NOAA sentiasa berubah (Mula-mula mereka kata 6.4 skala Richter,
kemudian berubah jadi 8.0, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0, kemudian
jadi 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter.
Pejabat Geophysical Jakarta telah mengumumkan bahawa telah
berlaku gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter. TETAPI maklumat ini telah
ditutup dan diubah menjadi 8.00, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0,
kemudian 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter oleh NOAA (National
Oceanic and Atmospheric Administration).
Fakta 4: Kerajaan
India tahu bahawa ini bukanlah gempa bumi yang semulajadi.
India tidak pernah menghadapi masaalah “tsunami” sepanjang
sejarah India. Pada 29 December 2004, Pengarang
akhbar The India Daily telah melaporkan:
"Was this a
showdown by a country to show the region what havoc can be created?"…
"Given the level
of devastation and given the fact India is a regional power in South
Asia, [the] Indian Navy has an obligation to investigate and tell the world
what they found."
Target utama “Mereka” ialah 2 lokasi Reactor Nuclear di India
iaitu Kalpakkam dan Koodankulam berhampiran Chennai, India. Sekiranya kedua-dua
Reaktor Nuclear ini meletup maka akan membawa bencana kepada seluruh penduduk
di India. Maka India perlu melutut memohon bantuan kewangan dari IMF.
Tetapi “tsunami” yang melanda di India tidak mampu untuk
melaksanakan hajat “mereka”.
Fakta 5: Video yang dirakam oleh penduduk Aceh jelas menunjukkan bahawa tidak ada harta benda musnah selepas gegaran bumi.
Jika anda melihat video yang dirakam oleh penduduk Aceh sewaktu kejadian gegaran bumi pada 26 Disember 2004, Anda akan mendapati bahawa tidak ada berlaku sebarang kerosakan pada bangunan disitu. Penduduk disitu juga kelihatan berjalan dan duduk seperti biasa tanpa ada sebarang rasa takut.
Fakta 6: Siapakah
yang “UNTUNG” akibat dari tsunami 2004?
Untuk mendapatkan jawapan untuk soalan tersebut, kita perlu berfikir beberapa perkara:
1) Siapakah yang sanggup membunuh manusia seramai 500,000 orang hanya untuk terus berkuasa?
1) Siapakah yang sanggup membunuh manusia seramai 500,000 orang hanya untuk terus berkuasa?
2) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Iraq?
3) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Afghanistan?
4) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di
Palestine?
Fikirkanlah…………
Sumber rujukan: