TRAGEDI DI MINA PADA 24 SEPTEMBER 2015 ADALAH SUATU KOMPLOT TERANCANG.


Pada 24 September 2015 iaitu ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah, telah berlaku suatu tragedi yang sungguh menyedihkan. Tragedi tersebut adalah yang paling buruk sepanjang sejarah ibadah haji.

Suatu tragedi yang melibatkan kematian ribuan jemaah haji telah berlaku pada jam 9 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina.

Dalam kejadian tersebut, lebih 4700 jemaah haji terbunuh dan lebih 1000 orang hilang. Ini bermakna lebih 5700 jemaah haji telah terkorban dalam tragedi di Mina. Tetapi kerajaan Saudi berkata hanya 770 jemaah haji yang terbunuh. Pada awalnya, Kerajaan Saudi ingin menutup perkara ini dengan mengatakan hanya 200 orang yang terbunuh tetapi oleh kerana jumlah mangsa tragedi semakin meningkat maka mereka mengatakan hanya 770 orang yang terbunuh.

Kenapakah kerajaan Saudi ingin menutup tragedi ini?

Menurut berita dari al-Nahrain-net News Agency , Agen Perisik Eropah dan juga Diplomat dari Brussels telah mendedahkan suatu laporan yang sungguh menggemparkan. 

Tragedi yang berlaku di Mina adalah satu komplot yang terancang diantara Kerajaan Saudi dan juga agen perisikan Israel iaitu MOSSAD untuk menculik 225 jemaah haji yang terdiri dari pegawai penting kerajaan IRAN iaitu para penasihat kepada Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan juga para pegawai penting dalam program pertahanan peluru berpandu Iran.


Mohammad bin Salman Al Saud

Anak kepada Raja Saudi iaitu Mohammad bin Salman Al Saud telah membawa agen MOSSAD berserta dengan askar-askar peribadinya yang berjumlah 200 orang dan juga 150 pegawai polis ke jalan 204 di Mina.

Kemudian mereka telah menutup jalan 204 yang sedang dilalui oleh jemaah haji yang hendak ke jambatan Jamarat.

Akibatnya para jemaah haji yang berjumlah lebih 10,000 orang telah terperangkap diantara jalan 204 dan jalan 223 kerana mereka tidak tahu tentang penutupan jalan 204.


Jemaah haji terpaksa berdiri disitu dalam keadaan panas terik dan penuh sesak.

Apakah yang berlaku selepas itu? Selepas itu berlakulah sesuatu tragedi yang sungguh tidak diduga oleh para jemaah haji disitu.

Askar-askar milik Mohammad bin Salman Al Saud telah menyemburkan gas beracun Carbon Sulfide kearah jemaah haji disitu dan itu yang menyebabkan para jemaah haji melarikan diri sehingga akhirnya lebih 5700 jemaah haji terbunuh akibat terhidu gas beracun.

Gas beracun Carbon Sulfide 

Keadaan yang panik itu telah digunakan oleh MOSSAD untuk menculik 225 orang jemaah haji dari negara Iran yang terdiri dari orang penting kerajaan dan juga beberapa orang ternama dari kumpulan IRGC (Iranian Revolutionary Guards Corps) iaitu Ali Asghar Fouladgar, Hussein Danesh, Fo'ad Mashghali, Ammar Miransari dan Seyyed Hasan Hasani dan juga bekas diplomat Iran di Lebenon yang bernama Ghazanfar Roknabadi.

Logo kumpulan IRGC (Iranian Revolutionary Guards Corps)

Ghazanfar Roknabadi-Bekas diplomat Iran di Lebenon.

Selepas operasi mereka selesai, konvoi Mohammad bin Salman Al Saud dan MOSSAD telah melarikan diri dari kawasan tersebut dengan serta-merta dan kerajaan Arab Saudi telah menutup berita tentang kehadiran konvoi Mohammad bin Salman Al Saud dan MOSSAD.

Tetapi Media Antarabangsa (yang bukan milik yahudi) telah berjaya mendedahkan tentang komplot tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan agen MOSSAD sedang menyamar sebagai orang awam.



Menurut saksi yang berada disitu, askar-askar Saudi telah merampas handphone para jemaah haji yang berjaya merakam kejadian tersebut.

Jika anda melihat gambar-gambar jenazah jemaah haji yang terkorban di Mina, anda akan dapati ada KESAN TERBAKAR pada kulit sedangkan tidak ada sebarang kebakaran di situ. Ini bermakna kulit mereka telah terkena gas beracun Carbon Sulfide.


Para jemaah haji yang terselamat dalam kejadian itu berkata bahawa askar-askar Saudi yang berada disitu hanya memerhatikan sahaja para jemaah yang sedang meraung kesakitan. Askar-askar Saudi tidak langsung memberikan sebarang bantuan kecemasan untuk menyelamatkan jemaah haji yang tercedera. Askar-askar tersebut hanya sibuk mengangkat jenazah-jenazah untuk dibawa keluar dari situ. Ini bermakna kerajaan Saudi ingin menutup dan menyembunyikan jumlah kematian yang sebenarnya daripada pengetahuan umum.

Askar-askar Saudi juga menghalang jalan masuk ke kawasan kejadian dan ini mengakibatkan mangsa tidak mendapat bantuan dengan segera.


Kerajaan Arab Saudi hanya menghantar bantuan kecemasan selepas 2 jam dari waktu kejadian. Akibatnya ramai lagi jemaah yang pada mulanya hanya tercedera telah mati akibat panas matahari yang terik.

Menurut jemaah haji yang terselamat, jenazah-jenazah telah dibawa masuk kedalam kenderaan yang mempunyai peti sejuk yang membawa daging. Malah ada jemaah haji yang tercedera dan masih bernyawa lagi tetapi telah dicampakkan ke dalam kenderaan peti sejuk yang bersuhu -15*C.


Apakah motif kerajaan Arab Saudi untuk melambat-lambatkan menghantar bantuan kecemasan sedangkan mereka mempunyai pegawai kesihatan / doktor sebanyak 22,000 orang yang bertugas pada hari tersebut?

SEKIRANYA KERAJAAN SAUDI MENGATAKAN SEMUA INI ADALAH FITNAH DAN MEREKA TIDAK TERLIBAT DALAM KOMPLOT TERSEBUT, MAKA SILALAH SIARKAN RAKAMAN CCTV YANG DIBUAT PADA HARI TERSEBUT.

ATAU ADAKAH MEREKA AKAN MENGATAKAN BAHAWA CCTV TELAH ROSAK?


Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.



62 comments:

  1. Allahuakbar,,Allahuakbar..Allahuakbar.........terkedu saya dengan keterangan dan gambar2 yg di titIpkan oleh BUMI YANG TERCINTA..lindungi lah umat islam dimuka bumi MU YA ALLAH,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahudi israel sgat ada agenda utk membunuh lebih drpd 6.5 bilion manusia seluruh dunia. Apakah langkah muslimin d muslimat semua orang islam mesti diberitahu pasal ni d pulaukan barangan mereka d syarikat mereka selur7h dunia. Mulai sekarang pilih barangan d urusa niaga perkhidmatan dbarangan muslims shj di seluruh dunis.

      Delete
  2. Tak tahu nk ckp apa.Ya Allah.kejamnya dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dunia yg kejap tetapi penghuni d muka bumi Allah swt ni sendiri yg banyak melakukan kerosakkan, kejahatan dan kemungkaran.

      Delete
    2. Tarik balik ayat tu wani..bukan dunia kejam,manusia yg kejam

      Delete
  3. Masyaallah hanya pd Allah saja kita berserah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah saja mendengar dan melihat semuga segala kejahatan yg dilakukan akan mendpt pembelaan dari Allah SWT Aamiin

      Delete
  4. Moga ALLAH beri pembalasan yg setimpal kpd mereka yg terlibat dlm kes di Mina. Kita lihat di Hari Pembalasan kelak

    ReplyDelete
  5. Allahu akhbar..semoga mereka dpt balasan yang berat akibat perbuatan laknat tu..

    ReplyDelete
  6. I already heard bout the Saudi's history. I still can't believe it because it too scary.

    ReplyDelete
  7. Mereka merancang, Allah juga "merancang", dan Allah adalah sebaik-baik "Perancang".
    Bersabarlah wahai diri, hidupmu adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah, bukan yang lain. Ya Allah, Engkau adalah sebaik-baik tempat kami berlindung............. .

    ReplyDelete
  8. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal.
    Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5236

    ReplyDelete
  9. Itulah sbbnya, segala mcm isu & peristiwa yg berlaku dlm dunia ini sejak dulu hingga kini adalah perancangan yahudi laknatullah untuk mencapai cita2 mereka..
    Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya sentiasa..Inshaallah.
    ~ Ariff ~

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah memelihara umat islam hanya kepaNya kita berserah TIADA KUASA YANG LEBIH BERKUASA SELAIN ALLAH

    ReplyDelete
  11. Astagfirullahalazim... Ya Allah, selamatkan kami, umat islam yg tertindas dan yang dianiaya.....

    ReplyDelete
  12. Dunnia dah di penghujungnya...semoga kita semua mati dalam keimanan dan ketqwaan kpd Allah SWT. Dan tidak tertipu dgn kehidupan duniawi yg sementara ini....

    ReplyDelete
  13. Astaghfirullahalazim...Mereka menipu manusia tapi mereka tidak akan dpt menipu Allah Swt. Arab Saudi boneka illuminati. Semoga yg mninggal dunia dimasukkn ddlm syurga dan mndapat rahmat mu Ya Allah.

    ReplyDelete
  14. Dunia akhir zaman. Allahurabbi, sedangkan pada lambang polis negara mereka terang terangan mereka meletakkan gambaran mata seperti dajjal

    ReplyDelete
  15. ya Allah menangis sy membaca semua ni..kejamnya...Ya Allah atas apa segala kebongkaran ini telah diketahui hanya kpd Allah shj aku berserah...terasa kerdil dan kebegantungan kpd Allah semata-semata....Alluhuakbar

    ReplyDelete
  16. Umat islam masih lagi dilekakan dan jadi taksub dengan hiburan yg disogokkan yahudi - f1, piala dunia, artis2 barat yg rosak akhlak, kpop dan berbagai2 lagi

    ReplyDelete
  17. Ya Allah,alangkah kejamnya mereka menganiaya org lain yg sdg beribadah...
    Lindungi hamba2Mu ini,ya Allah.

    ReplyDelete
  18. Percayalah Allah SWT ketahui perancangan jahat mereka . Siapa mereka dan kuncu kuncu nya. Balasan Allah pasti . Hanya pada NYA kita meminta perlindungan dan pertolo gan .

    ReplyDelete
  19. Inilah fakta yang disembunyikan. Dunia dah semakin ke penghujungnya. Tapi kita semakin leka. Aku pun xdapat lari. Ya Allah, sedih, takut geram semuanya ada.

    ReplyDelete
  20. hanya allah yg mengetahui.. beri petunjuk
    pada jalan yg benar.. ya Allah

    ReplyDelete
  21. Semua entry dlm blog nih best dan memberi pengetahuan kpd orang ramai tentang perkara2 yg kaum yahudi cuba sorokkan... ALLAHUAKBAR !!!

    ReplyDelete
  22. Knp bumi palestine diratah dgn rakusnya Arab Saudi hanya mendiamkan diri, knp Iraq diserang oleh bala tentera dajjal Arab Saudi pun menyepi malah membenarkan ruang udaranya digunakan oleh tentera2 dajjal utk melakukan serangan ke atas Iraq, knp mrk bersekongkol dgn tentera dajjal di Syria yg kononnya bg menghapuskan militan IS? Jawapannya tepuk dada tanyalah iman.. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  23. Keturunan Adam dan Hawa kekal diuji iman mereka. Hanya mereka sendiri sahaja yang dapat menyelamatkan dari siksa neraka. Teruskan lah ibadah kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  24. Kemenangan pasti milik Islam..bersabarlah

    ReplyDelete
  25. Allahu akhbar...mohon allah lindunggi dan tunjukki kami....ameen..

    ReplyDelete
  26. Subhanallah... astaghfirullahalazim...ya allah lindungi lah saudara mara islam kami dr kekejaman manusia bertopengkn syaitan.. Aamiin

    ReplyDelete
  27. Janji Allah itu pasti. Tunggulah akan balasan yang akan di terima kelak.

    ReplyDelete
  28. Ya Allah, semoga yg menjadi korban mendapat syurganya Allah SWT..

    ReplyDelete
  29. setiap jln pasti ada kamera pengawas,,, tetapi sampai saat ini belum ada yg publis..

    ReplyDelete
  30. Banyak perancangan Yahudi untuk melemahkan dan melumpuhkan umat Islam sejak dari dulu.Mereka memang bijak mengatur strategi disokong oleh kroni2 mereka yang bertopengkan agama Islam. Perancangan teliti mereka tidak dapat dikesan seperti kehilangan MH370 dan MH17.

    ReplyDelete
  31. Ya Allah ampunilah daku yg kerdil ini dari dosa2 besar dan kecil semoga aku tidak syirik kpd engkau. Ampunilah dosa2 mrk yg gugur itu

    ReplyDelete
  32. Allah maha mengetauhi dan maha adil... Pembalasan pasti akan brlaku !!! Allah huakbar

    ReplyDelete
  33. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim....kebenaran yg Engkau tunjukkan ini terlalu mengetarkan.....semoga Engkau beri perlindungan kepada kami...

    ReplyDelete
  34. Ya allah brgetar hati dn jiwa bila melihat mayat2 yg brgelimpngn begitu...ya allah kuatkn hati dn iman ku..sayunya perasaan melihat manusia yg tidak brdosa menjadi mangsa segelintir manusia yg berjiwa hitam...smoga allah membalas segala dosa2 siperlaku...aamiin

    ReplyDelete
  35. Tangan2 Dajjal dan Tenteranya sedang bergerak siang dan malam, tetapi umat Islam masih terleka dibuai mimpi. Utusan Allah dihina dan dimaki, azab Allah swt jua yg dipinta. Sedarlah

    ReplyDelete
  36. Keturunan raja saudi yg ada skrang adalah raja yg dilantik oleh penjajah british dulu.Mrka masih inginkn perlindungn sbb rasa tergugat kekuasaanya.ltulh tujuan berbaik2 dgn mossad yahudi krn inginkn keselamtn.Sanggup membunoh sesama islam utk brsekongkol dgn mosaad yahudi . Patut lh seblm kejadian mina tu ada kejadian angin ribut yg kuat sehingga trjatuh kren2...Amaran dr Allah kpd puak2 yg hdk buat jahat...Wallahua'lam bishawab..Sekdr beri pandangn

    ReplyDelete
  37. Hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap kejadian yang terjadi.

    ReplyDelete
  38. susah nk ckp lah sapa bersalah

    saudi nampak mcm agen US

    iran pun syiah bukan betul pun.. geng US jg

    serah pada Allah saja lah

    ReplyDelete
  39. Yang pasti dunia sudah semakin tua...yahudi semakin menunjukkan kelanaknatannya sebagai musuh islam..musuh Allah..wahai saudara islam semua ayuh pertingkatkan keimanan kita..selebihnya Allah yg akan menentukannya...tetapkan keimanan kita dan mohonlah pertolongan dari Allah...

    ReplyDelete
  40. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

    ReplyDelete
  41. Penganiyaan yang dahshat. Kalau lah betul laporan ini maka Allah sahaja lah sebaik baik Nya untuk membalas segala perbuatan keterlaluan yang dikakukan oleh manusia manusia yang mengaku diri mereka Islam.

    ReplyDelete
  42. Ya allah sedihnya..semoga mangsa2 yg terkorban berada dikalangan org2 yg beriman..padamu ya Allah kami berserah..yg mengetahui segala2nya

    ReplyDelete
  43. Apa berlaku pada 255 iranian yg diculik tu? Motif? Iran sedar tak penculikan ni yg besar ni?

    ReplyDelete
  44. Allahu robbi. Smua angkara aset duniawi. Sungguh kejam MOSSAD ni. Satu persatu dia hancurkan. Ya ALLAH, selamatkanlah umat islam di atas muka bumi ini dri tragedi yg menyedihkan, sesungguhnya kami hambaMU yg sentiasa berusaha untuk mentaatiMU.

    ReplyDelete
  45. Subhanallah...Semoga Allah tempatkan arwah di tempat2 org yg beriman. Sungguh tak sangka dgn tragidi ini...Semoga Allah melaknat perbuatan kejam Yahudi. Kaum yg tak diterima di bumi Allah. Allahuakbar....

    ReplyDelete
  46. patut la k'jaan iran kecam k'jaan arab saudi...skg baru la aku paham knp dia marah sgt dgn k'jaan arab saudi ni...harap berita ni sohih..wallahua'alam..

    ReplyDelete
  47. Saya juga dah ternampak mayat mayat yang melecur sebelum ini... Tapi terfikir kerana apa... Jadi teori kena gas beracun tu memang ada kemungkinan.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  48. Jgn cakap masyaaAllah utk benda yg tak elok. Sbb perkataan masyaaAllah utk sesuatu yg baik,bagus,cantik. Kalo benda tak elok,ucapla innalillah

    ReplyDelete
  49. Ini semua adalah komplot YAHUDI laknatulah dgn bantuan Wahabi, semuga Allah melindungi kita semua Insya Allah.

    ReplyDelete
  50. Dunia Arab dah ikut telunjuk Yahudi. Padahal negara2 Arab kuasa besar minyak. Tapi duit hasil minyak wajib disimpan di bank dunia New York. Dan boleh dikeluarkan terhad. Sedangkan minyak yg di ambil dari bumi Arab tanpa had. Kenapa? Siapa yg lebih bijak?

    ReplyDelete
  51. Kebenaran tak boleh ditutup.....lebih2 lagi dizaman ICT

    ReplyDelete
  52. Innalillah..Takziah untok para jemaah..

    ReplyDelete
  53. innalilahi wa inna ilaihi rojiuun, semoga mereka para korban diterima disisi Allah sebagai mujahidin

    ReplyDelete
  54. Saya dari dulu xprcaya Arab Saudi, terang2 sekutu Amerika..

    ReplyDelete
  55. mohon copy and save untuk simpanan

    ReplyDelete
  56. kenapa askar saudi pakai topeng muka? sebab takut hidu gas beracun ke? kalau kren tumbang takkan nak pakai topeng muka

    ReplyDelete
  57. May Allah Give Them Good Place in Jannah.

    http://www.bestpakistaniwebs.com/Business/movers-and-packers.htm

    ReplyDelete
  58. syukur..masa kjdian msih di mekah...tp nk ke mina trpksa brjln kaki mlalui Jamarat utk ke kem kami ..lenguh jg bjln..knderaan x boleh masuk..bg yg uzur diarah dduk di mekah dlu..
    dngar jg berita tentang Raja Salman..melontar hanya dr keretanya...jln2 dtutup...mner lg jemaah2 nk pergi..lg dikerah mngosongkn tpt tu...maka berlakulh pijak mmijak..msing² nk selamat tp terperangkap...ksian mrk...semuga yg mninggal itu dpt jannah drNya...

    ReplyDelete