TAHUKAH ANDA KENAPA “MEREKA” TELAH MENGHARAMKAN DAUN KETUM?


Anda tentu telah biasa mendengar propaganda yang sering dibuat oleh orang tertentu untuk memburukkan imej daun ketum. Mereka akan menakut-nakutkan anda dengan berbagai ancaman seperti “akan ditangkap oleh polis”, "awak ini ketagih daun ketum ke?” dan bermacam – macam  tuduhan akan dilemparkan kepada anda sekiranya anda ini adalah peminat daun ketum.

Jangan risau, anda bukan keseorangan dalam hal ini. Di seluruh dunia, “mereka” sedang giat membuat propaganda untuk memburukkan penggunaan daun ketum. Adakah mereka tidak sedar bahawa daun ketum telahpun wujud di bumi ini sejak beribu-ribu tahun yang lalu? Kenapakah mereka berbangga sangat dengan ubat kimia yang mereka ciptakan hanya sejak 100 tahun yang lalu? Adakah mereka fikir bahawa ubat mereka itu adalah lebih mulia berbanding dengan daun ketum yang diciptakan oleh Allah SWT?


NEGARA-NEGARA YANG TELAH MENGHARAMKAN DAUN KETUM

Di negara Amerika, sebanyak 12 buah negeri telah mengharamkan penggunaan daun ketum. 


Di Thailand pula kerajaan mereka telah mengharamkan penggunaan daun ketum secara keseluruhan. Ini adalah kerana kerajaan Thailand merasakan mereka kehilangan sumber pendapatan kerana tidak dapat mengenakan cukai terhadap penjualan daun ketum. Tetapi pada tahun 2018, Thailand mula membenarkan semula penggunaan daun ketum untuk tujuan perubatan. Ini adalah selepas kerajaan Thailand mendapat tentangan yang hebat dari rakyat yang mahukan kebenaran untuk penggunaan daun ketum. Australia pula telah mengharamkan daun ketum pada tahun 2005.


Di Indonesia pula, kerajaannya tidak membenarkan pengekspotan daun ketum ke luar negara. Untuk pengetahuan anda, 95% sumber daun ketum di seluruh dunia adalah datangnya dari Indonesia. Apa akan terjadi jika Indonesia menghentikan pengekspotan daun ketum? Sudah pasti seluruh dunia akan kekurangan sumber daun ketum.

FDA (Food and Drug Administration) telah melawat pemimpin yang korupsi di Indonesia dengan cara rahsia dan mereka telah memujuk pemimpin tersebut supaya mengharamkan penjualan dan penanaman daun ketum.


Daun ketum juga telah diharamkan di negara New Zealand, Myanmar, UK dan juga …Malaysia (sedihnya….).

KENAPAKAH DAUN KETUM DIHARAMKAN?

1 – Menggugat Industri Perubatan Moden.

Ini adalah kenyataan dan bukannya khayalan. Sebab utama daun ketum diharamkan adalah kerana ia akan menggugat keuntungan industri perubatan moden yang telah diasaskan oleh John D. Rockefeller pada tahun 1910.

Purata pendapatan tahun 2017 untuk industri perubatan moden ialah melebihi USD 3.5 Trillion. Oleh kerana matlamat sebenar industri perubatan adalah untuk mengaut keuntungan, maka jangan berharap mereka akan “menyembuhkan” penyakit anda. Anda adalah “pelanggan tetap” mereka.


2 -  Pemimpin yang korupsi (Kerajaan) tidak dapat mencukai penggunaan daun ketum.
Daun ketum boleh diperolehi dengan percuma dan dengan mudah di kawasan pendalaman. Oleh itu ia adalah amat susah untuk dicukaikan oleh para pemimpin yang korupsi.

KHASIAT DAUN KETUM

Daun ketum mempunyai berbagai khasiat dan kebaikan semulajadi untuk manusia. Ia telahpun wujud di bumi sejak beribu-ribu tahun yang lepas.

Khasiat daun ketum adalah seperti berikut:

1 – Menghilangkan kesakitan badan (natural pain killer).
2 – Merawat masalah kulit
3 – Mengurangkan tekanan darah
4 – Merehatkan badan yang kepenatan
5 – Mengurangkan berat badan.
6 – Menguatkan sistem pertahanan badan (immune system booster)
7 – Menambahkan kesuburan (increase fertility)
8 – Merawat penyakit Kanser
9 – Menghilangkan rasa sakit kepala (Migraine)
10 – Menghilangkan penyakit kencing manis
11 -  Dan banyak lagi………………………



KESIMPULAN

Allah S.W.T. telahpun menciptakan penawar untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan. Daun ketum merupakan salah satu dari penawar yang diciptakan oleh Allah SWT untuk seluruh manusia di bumi ini. Tidak ada sesiapapun yang boleh menentang atau menghalang anugerah tersebut.


Sumber rujukan:

No comments:

Post a Comment