AWAS!! NYAMUK GMO TELAH DISEBARKAN OLEH “SYAITAN”.


Sebuah syarikat dari Britain yang digelar “Oxitec” telah membuat kajian tentang nyamuk GMO dan telah berjaya menghasilkan berjuta-juta nyamuk GMO. “Oxitec” telah pun melepaskan sebanyak 70 juta nyamuk GMO di seluruh dunia.



Alasan yang diberikan oleh “Oxitec” ialah kononnya untuk menghapuskan nyamuk Aedes. Tetapi alasan mereka tidak boleh diterima kerana tidak ada sebarang bukti saintifik malah “Oxitec” mengaku bahawa mereka belum melihat hasilnya (walaupun telah 8 tahun berlalu).

Walaupun “Oxitec” mengatakan bahawa hanya nyamuk GMO “jantan” sahaja yang dilepaskan tetapi mereka juga mengaku bahawa terdapat juga nyamuk “betina” GMO turut dilepaskan.

Sebanyak 3.3 juta nyamuk GMO telah dilepaskan di pulau Cayman pada tahun 2009.
Pada tahun 2011, “Oxitec” telah melepaskan berjuta-juta nyamuk GMO di Brazil.

Di Malaysia, pada 21 Disember 2010, sebanyak 6000 nyamuk GMO (mungkin berjuta-juta nyamuk GMO) telah dilepaskan di Daerah Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. (Sila bayangkan bagaimana pula jumlahnya kini).


Apakah motif sebenar “Oxitec”?
Siapakah yang memberikan bantuan kewangan untuk “Oxitec”?


Nyamuk GMO ini mungkin akan digunakan sebagai “kambing hitam” untuk menuduhnya sebagai punca berlakunya penyakit Zika atau digelar sebagai Microcephaly.. Penyakit Zika (Microcephaly) tidak berpunca dari nyamuk tetapi adalah berpunca dari suntikan vaksin yang didalamnya telah dimasukkan sejenis virus buatan iaitu “T4 Nanobot Bacteriaphage”.

AWAS!! Jangan tertipu.

Sumber rujukan:
http://www.naturalnews.com/056179_zika_testicles_male_fertility.html
http://www.naturalnews.com/2017-03-26-what-can-go-wrong-genetically-modified-mosquitoes-to-swarm-houston-in-zika-hoax-lunacy.html

No comments:

Post a Comment