GMO ADALAH PEMBUNUH NO.1


Apakah itu GMO?

GMO atau " Genetically Modified Organisms" adalah sebarang benda yang pada asalnya adalah semulajadi (contohnya seperti sayuran, buah-buahan, ikan atau binatang) tetapi kini bahan genetiknya telah dimanipulasi di dalam makmal melalui teknologi kejuruteraan genetik. Ini bermaksud bahawa makanan atau binatang tersebut bukan lagi semulajadi tetapi adalah tiruan.



Oleh kerana GMO adalah benda tiruan maka sesiapa yang memakan makanan GMO akan mendapat berbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti kanser, kemandulan, barah buah dada, kencing manis dan banyak lagi.

CONTOH MAKANAN GMO.

Kacang Soya.
Kacang soya GMO diimport dari USA dan  Argentina.
Kacang soya GMO menjadi punca utama kemandulan dan juga barah buah dada.
Para saintis mendapati bahawa tikus yang telah diberi makan kacang soya GMO telah mati dalam tempoh 3 minggu.


Jagung
USA., Brazil, Afrika dan Argentina merupakan pengeksport paling utama jagung GMO.
Dari jagung GMO akan dicipta pemanis tiruan seperti " High Fructose Corn Syrup" dan pemanis tiruan tersebut terdapat pada banyak makanan segera termasuk makanan bayi.
Jagung GMO merupakan punca kemandulan, kerosakkan buah pinggang dan hati, kegemukan dan banyak lagi masalah kesihatan.


Kajian telah dibuat keatas jagung GMO dengan cara meletakkannya bersama dengan jagung asli di sebuah stor yang terdapat banyak tikus. Selepas tiga bulan berlalu, jagung GMO tidak dimakan langsung oleh tikus sedangkan jagung asli telah habis dimakan tikus. Ini menunjukkan bahawa tikus pun tidak mahu makan makanan GMO.


Tomato
Tomato GMO dari USA, Mexico dan Argentina boleh menyebabkan barah buah dada, barah hati dan barah buah pinggang. Tomato GMO boleh bertahan lama (lebih 45 hari) sedangkan Tomato asli hanya bertahan 10 hari. Ini menunjukkan bahawa bakteria atau serangga pun tidak sanggup untuk makan Tomato GMO. Tomato GMO dari Mexico tiada biji.



Minyak Masak Sayuran
Minyak masak GMO terdiri dari Minyak Kacang Soya, Jagung, Alfalfa, Canola, Gandum,Safflower.
Pilihlah minyak masak Kelapa atau minyak masak Olive Oil yang TULEN.

Daging Lembu dan Kambing
Lembu dan kambing dari USA dan juga kebanyakkan negara telah diberi makan jagung GMO dan disuntik dengan Antibiotik. Antibiotik boleh menyebabkan kanser dan barah buah dada.
Elakkan makan daging lembu dan kambing dari U.S, Australia dan sebarang negara luar. Pilhlah daging lembu dan kambing tempatan.

Hamburger
Elakkan makan Hamburger kerana daging Hamburger telah mula dihasilkan didalam makmal melalui proses tabung uji. (Bukan asli lagi).


Madu
Madu dari USA, Australia dan Canada merupakan madu GMO.

LIPTON
Teh LIPTON adalah GMO.

Susu lembu tepung
Susu lembu tepung dari USA dan juga negara barat yang lain adalah merupakan GMO.
Lembu tersebut telah disuntik dengan hormon GMO iaitu rBGH untuk menambahkan jumlah susu.
Minumlah susu lembu asli tempatan.


Susu kambing
Kambing pula telah disuntik dengan gen labah-labah supaya kambing tersebut akan menghasilkan susu yang banyak.
Minumlah susu kambing tempatan.

Ayam dan Telur ayam
Belilah telur ayam kampung dan elakkan dari membeli telur komersial kerana ayam komersial telah disuntik dengan Antibiotik dan diberi makan jagung GMO. Elakkan juga memakan daging ayam kecuali ayam kampung.


Buah epal, oren, strawberry, anggur
Buah epal, oren, strawberry dan anggur merupakan buah-buahan GMO. 
Buah tersebut telah disuntik dengan gen dari ikan untuk mengelakkan dari membeku.
Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan (rambutan, durian, manggis, ciku, nangka, mempelam, belimbing dan sebagainya).




Pisang

Jangan makan pisang yang diimport dari USA, Australia, Israel dan Afrika kerana ia merupakan pisang GMO.


Beras Golden Rice
Beras import dari USA dan China iaitu Golden Rice merupakan beras GMO. Oleh itu, belilah beras tempatan. Beras Golden Rise adalah berwarna keemasan.


Beras Basmathi
Beras Basmathi dari India dan Pakistan adalah beras GMO.


Beras “Long Grain Rice”
Beras Long Grain Rice dari US merupakan beras GMO.



Gandum
Gandum zaman kini tidak lagi sama dengan gandum 50 tahun yang lalu. Gandum kini telah diubahsuai genatiknya. Dulu tanaman gandum berukuran 4 kaki tingginya. Tetapi kini hanya berukuran 2 kaki sahaja. Pada tahun 2004, para petani dari Jepun telah menyatakan bantahan mereka kepada pihak berkuasa di USA terhadap Gandum yang telah diubahsuai.

Gandum GMO boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit yang merbahaya kepada orang yang memakannya. (termasuk roti, chapati dan mee yang dibuat dari gandum).


Broccoli
Jangan makan Broccoli yang diimport dari USA dan dari negara lain kerana itu adalah GMO.

Kentang
Kentang dari USA dan China adalah GMO. Jangan membeli Potato chips dan French Fries kerana ia juga adalah kentang GMO. Memakan kentang GMO boleh mengakibatkan penyakit kanser.

Seorang saintis dari USA yang bernama Arpad Pusztai telah dipecat dari jawatannya hanya kerana beliau telah memberitahu media bahawa tikus makmal yang memakan kentang GMO telah mengalami kerosakan organ yang teruk dan juga menghadapi masaalah kesihatan yang lain..


Tembikai (yang tiada biji)
Elakkan memakan tembikai yang tiada biji kerana itu adalah GMO.

Nenas
Jangan memakan Nenas dari COSTA RICA kerana ia adalah nenas GMO.




Jangan membeli sayuran / buah-buahan di pasaraya besar seperti Carefour, Tesco, Giant, Jusco, NSK dan sebagainya. Belilah di pasar tempatan.

Kelapa
Jangan minum air kelapa dari Amerika dan Vietnam kerana itu adalah GMO



Ikan Salmon
Jangan memakan ikan salmon dari USA dan Canada kerana ia adalah ikan GMO.



Ikan Tilapia
Jangan memakan ikan Tilapia dari USA kerana ia adalah ikan GMO.




Sugar beet
Jangan memakan sugar beet dari USA, France, Germany dan Russia kerana ia adalah GMO.



Betik
Jangan makan betik yang diimport dari Hawaii, USA kerana itu adalah GMO.




Kapas (Bt-cotton)
Kapas GMO (Bt-cotton) telah ditanam di India secara paksaan oleh MONSANTO dan kapas GMO ini telah digunakan untuk mencipta pakaian dalam (underwear / bra / panties) untuk jenama terkenal. Akibatnya ialah munculnya sejenis penyakit kulit yang digelar “Morgellons disease”.
Jangan membeli sebarang jenama yang terkenal ketika anda membeli pakaian dalam.



Dan banyak lagi.......





Beberapa kesan GMO kepada manusia :
1) kanser
2) Barah buah dada.
3) Kemandulan
4) Kencing Manis
5) Asthma
6) Dan banyak lagi.............


Boikot syarikat yang menggunakan bahan GMO didalam produk mereka iaitu:

Nestle

Kellogg's

Pepsi

Coca-Cola

Mcdonald

KFC

Starbucks

Cadbury

Pringles

Quaker Oats

Subway

Burger King

Pizza Hut

Domino Pizza

A&W

Wendy's

Kraft

Campbells

Hershey's

BOIKOT SEMUA BARANG MAKANAN DARI CHINA.

Siapakah "Syaitan"yang menciptakan GMO?

Syarikat "Syaitan" itu ialah MONSANTO / BAYER dan CARGILL.
MONSANTO memiliki pekerja seramai 16,000 orang di seluruh dunia.
Keuntungan syarikat MONSANTO pada tahun 2014 ialah sebanyak USD 5.8 Billion.


MONSANTO U.S.A:
800 N. Lindbergh Blvd.
St. Louis, MO 63167
General Inquiries:
(314) 694-1000
Media Inquiries:
(314) 694-NEWS (6397)
Website: http://www.monsanto.com/pages/default.aspx


MONSANTO MALAYSIA:
Address: PLO 211, Jalan Emas Satu, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700, Pasir Gudang, Johor, 81700
Phone:07-251 4588

MONSANTO INDONESIA:
Wisma Pondok Indah 2, 6th floor
Jl. Sultan Iskandar Muda Kav. V-TA
Pondok Indah - Jakarta 12310
Phone: +62-21-29976400
Fax: +62 21 7592 2928
Website: http://www.monsanto.com/whoweare/pages/indonesia.aspx


Apakah motif mereka mencipta GMO?

Mereka ingin melaksanakan "Agenda 21" dari UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Apakah itu "Agenda 21"?
Iaitu mengurangkan jumlah penduduk dunia sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja.
(Jumlah penduduk dunia kini ialah 7.3 billion).


Kadar KEMATIAN Semakin Meningkat Akibat Makan GMO

Di Amerika saja telah ada hampir 2,000,000 (2 juta) kematian akibat memakan GMO sejak 2008.

Di Argentina telah ada laporan mengatakan bahawa kadar kematian akibat kanser kerana makanan GMO telah semakin meningkat. Dari setiap 100,000 orang hampir 230 kematian berlaku kerana GMO. 

Oleh kerana belum lagi ada kesedaran tentang GMO di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, maka jumlah kematian akibat makan GMO di negara-negara tersebut tidak dilaporkan dalam media.



http://www.naturalnews.com/041418_tomatoes_GMOs_groceries.html
http://www.thelastgreatstand.com/the-agenda-21-depopulation-of-rural-areas-will-give-obama-stalin-like-control-over-food/
http://rense.com/general64/pordc.htm
http://www.responsibletechnology.org/gmo-dangers/65-health-risks/1notes
http://www.rense.com/general80/haz.htm
http://www.collective-evolution.com/2014/09/08/death-rates-double-in-argentinas-gmo-agribusiness-areas-its-due-to-this-one-illness/
https://thebovine.wordpress.com/2010/04/20/russian-scientists-link-2-million-american-deaths-since-2008-to-gmo-crops/
http://www.globalresearch.ca/the-complete-history-of-monsanto-the-worlds-most-evil-corporation/5387964
http://preventdisease.com/news/13/092513_A-W-Burgers-Bamboozle-Customers-With-Deceptive-Claims-of-Chemical-Free-Beef.shtml
http://jimstonefreelance.com/tomatofreakout.html
http://www.thedogplace.org/HEALTH/Genetically-Modified-Food-1011_Andrews.asp
http://www.non-gmoreport.com/articles/jun08/sugar_beet_industry_converts_to_gmo.php
http://www.dailypioneer.com/columnists/edit/basmati-under-threat-gm-crops-play-foul.html
http://top10grocerysecrets.com/2015-10-12-top-10-reasons-to-avoid-gmos.html
http://www.naturalnews.com/051816_formaldehyde_GMOs_chemical_toxins.html#
http://eatlocalgrown.com/article/12060-top-gmo-foods.html?c=sfm
http://gmo-awareness.com/all-about-gmos/gmo-defined/
http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_industryweapons199.htm
http://gmo-awareness.com/2011/05/12/monsanto-dirty-dozen/#more-384
http://www.bibliotecapleyades.net/esp_sociopol_depopu.htm
http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_industryfood10.htm
http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_industrywheat.htm
http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_industryfood24.htm
http://www.mindfully.org/WTO/2004/Monsanto-Chapati-Patent31jan04.htm
http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_industryweapons124.htm
http://www.bibliotecapleyades.net/sociopolitica/sociopol_agenda21.htm
http://www.pengguna.org.my/index.php/makanan/keselamatan/909-ancaman-senyap-makanan-gm-di-malaysia
http://www.trueactivist.com/gates-foundation-will-pay-college-students-900-to-eat-untested-gmo-bananas/
http://www.globalresearch.ca/genetically-modified-organisms-gmos-planned-sterilization-of-humanity/5511206
http://preventdisease.com/news/12/011612_Modern-Wheat-Really-Isnt-Wheat-At-All.shtml
https://www.theguardian.com/science/2001/sep/09/gm.food
http://www.naturalnews.com/053418_GMO_soy_blue_balls_Monsanto.html
http://www.naturalblaze.com/2016/05/40-studies-saying-gmos-are-bad-for-you.html
http://www.naturalblaze.com/2016/05/15-things-the-egg-and-chicken-industry-does-not-want-you-to-know.html
http://www.naturalblaze.com/2016/05/printable-list-of-monsanto-owned-food-producers.html
http://journal-neo.org/2016/05/08/china-plans-to-become-gmo-giant/
http://www.globalresearch.ca/gmo-and-morgellons-disease/8464
http://www.telegraph.co.uk/news/earth/earthnews/9590556/Most-cotton-we-wear-is-GM-today.html
http://investmentwatchblog.com/37-million-bees-dead-after-gmo-seeds-planted-nearby/
http://www.naturalnews.com/054912_GMO_coconut_food_labels_genetic_engineering.html
http://investmentwatchblog.com/mcdonalds-in-crisis-as-french-fries-dangerous-ingredients-revealed/
http://rinf.com/alt-news/editorials/dead-cannot-make-comeback-india-make-catastrophic-mistake-gm-mustard/
http://new-paradigm.ws/top-20-gmo-foods-ingredients-avoid/
http://www.naturalblaze.com/2017/04/worlds-first-gm-fish-factory-could-be-in-canada.
https://www.grain.org/article/entries/5142-seed-laws-that-criminalise-farmers-resistance-and-fightback

28 comments:

  1. terlalu banyak agenda yahudi yang selama ini telah mengaburi mata dunia. semoga Allah menlindungi umat islam diseluruh dunia. Amin

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah selalu melindungi kita...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah selalu melindungi kita semua para ummatnya Muhammad SAW. Amiin

    ReplyDelete
  4. Pernah dgr yg slh satu keburukan TPPA ni ialah akan melambaknya makanan2 GMO dlm pasaran kita.. Dgn harga yg jauh lbh murah berbanding hasil petani kita, akhirnya kita akan bergantung pada produk GMO sepenuhnya apabila petani kita tak mapu bersaing dgn harga mereka dan bungkus.. Apapun perancangan Allah lebih hebat drpd mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb itu mereka menaikkan harga ubat klau tidak perjanjian itu tak terlaksana .Dunia akhir zaman

      Delete
  5. Hasil daging, telur, tenusu GMO juga bakal memenuhi Malaysia dgn termeterainya perjanjian TPPA.. Mungkin kita akan rasa seronok sbb harga brg mentah makanan jadi murah, tapi musibah yg lebih dasyat bakal menanti

    ReplyDelete
  6. Sy peka dgn GMO ni..byk mknn di europe di lable gmo dan non gmo.di sini kesedaran terlalu cetek.gmo menyebab genetik kita berubah.ia menyebabkan kita mendapat sakit.sy takut nk beli benih y murah2.soya non gmo ada jual tp mahal.genetik y dah tercemar masih boleh dibaiki.takat ni 1 psoduk y sy tau adalah vivix.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vivix Shaklee ada gmo ?????????

      Delete
    2. Yg dimaksudkannya adalah vivix mampu baikpulih genetik yg da tercemar.

      Delete
    3. vivix shaklee dan lain2 product shaklee juga TAK BERGUNA KEPADA KEBANYAKAN MANUSIA..mana2 vitamin keluaran produk apapun TIDAK AKAN DISERAP OLEH BADAN KITA jika kita ni sehat walafiat, cukup makan mcm di Malaysia ni..nak jual vitamin, pi jual kat negara2 mundur yg rakyatnya kurus kering tak makan..bukan jual vitamin pd org sehat..pastu jadikan sistem piramid sebab nak pikat hati dgn imbuhan kewangan..tp pernah fikir tak apa kesan bila hari2 consume vitamin yg tak lgsg diperlukan oleh badan? selain keluar menerusi air kencing & peluh, VITAMIN2 INI AKAN MENDAK DI DALAM PUNDI KENCING, LAMA KELAMAAN AKAN MENJADI BATU KARANG. MALAH RAMAI YG MENDAPAT PENYAKIT SERIOUS AKIBAT PENGAMBILAN VITAMIN2 YG RAKYAT MSIA SEBOK MAKAN HARI2 KONONNYA SUPPLEMENT..tolong hentikan kerja2 bodoh ni..tak jual vitamin pun bukannya korg mati tak makan..cari duit cara halal laa..jual benda yg mudaratkan org lain dan diri sendiri, buat apa? ada pulak konsep consume sendiri sbb nakkan bonus..hmm..bodoh

      Delete
    4. Minum je air kelapa paling x seminggu 3x. Agent penawar bahan3 kimia yg terbaik sejak zaman datuk nenek moyang kita dulu. He3

      Delete
  7. Bahan vivix bebas gmo jgk ke kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. nk tinggal 500mil manusia je ye? nk tinggal 500 pun x ngapa. tinggal le kome2 yg ingkar n kufur di bumi yg tak sampai ke mananye ni dan hadaplah saat2 kehancuran beserta azab yg sedia menanti kamu!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih di atas perkongsian dam pencerahan. Kerana2 adanya benda2 mcm ni la yg membuatkan kta menjadi sgt memilih dan berhati2 dlm membuat apa2 perkara. Lebih2 lagi ini berkaitan pemakanan. BTW, Vivix Shaklee n semua produk Shaklee tiada GMO ye hehe..

    ReplyDelete
  10. Minta kerajaan haramkan produk berasakan 'GMO' dibawa masuk ke pasaran M'sia.Boleh x?...

    ReplyDelete
  11. Macamne boleh dikatakan produk Shaklee bebas GMO sedangkan ia adalah produk dr Amerika. Pls la hentikan penggunaan bahan berasaskan jagung dan soya.

    ReplyDelete
  12. kena repot kat Pengguna ni..Datuk Nazim kna amik tau...boikot GMO...

    ReplyDelete
  13. salam.. sbnrnye yg ada keliling kita majoriti GMO.
    biji benih semua da GMO sbb nk kontrol F1 hybrid. padi pn skrg GMO, sbb tu org kampung x blh nk recycle benih, kne beli benih baru. GMO ni dorg buat sbb nk maksimum hasil, isi tebal, takde biji ie buah naga yg asalnya saiz bola pingpong je skrg da besar tu.

    ReplyDelete
  14. mari kita berusaha sekuat yg mmpu utk elak dari pkra yg memudaratkan ini..terus salur info2 yg baik kpd smua.masih ada pilihan utk kita beli..Allah sahaja yg beri manfaat dan mudarat..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih memberi info. Semoga Allah melindungi umat Islam di seluruh dunia.Aamiin...

    ReplyDelete
  16. Tingkatkan semula usaha-usaha pertanian. Sawah padi dah berkurangan kerana ghairah dengan projek perumahan. Rakyat jangan terlalu bergantung kepada kerajaan. Banyakkan persatu an dan pertubuhan asas tani yang tidak bermotifkan keuntungan semata.

    ReplyDelete
  17. Trima ksh atas perkongsian..mmg Malaysia x leh nak elak dah..prncangan new world order..tawakal kpd Allah..dr kita kecik lg dorng dh ada prncangan nk musnahkan KT..

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah melindungi kita umat Islam

    ReplyDelete
  19. Kembali lah segera kepangkuan ALlah &rasul bertaubat dan solat 5 berjamaah baru lah bantusn Allah tiba .selamatkan diri & ummat dr fitnsh dajjal.

    ReplyDelete
  20. Whatever plans they wanted to be. It is Allah who approve or disapprove.. May Allah bless all Muslim around the globe.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  21. Ada tak apa2 penemuan tentang gmo dan shaklee? Ada sahabat yg perasan peningkatan autisme di kalangan pelajar, dan majoriti ibubapa mereka pengedar dan pengguna shaklee utk tempoh masa yang panjang... sy rasa ragu2 jugak bila dengar sebab shaklee tu produk kesihatan, tapi bila baca tentang gmo ni, mungkin tak bahan yang digunakan sudah di ubah dari DNA semulajadi asal bahan?

    ReplyDelete
  22. Great to see that someone still understand how to create an awesome blog.
    The blog is genuinely impressive in all aspects.

    dewa poker

    ReplyDelete