KERETA YANG MENGGUNAKAN CAHAYA MATAHARI SEBAGAI BAHAN API


Anda tentu telah bosan untuk menggunakan kenderaan yang hanya menggunakan petrol sebagai bahan api. Anda juga tentu telahpun membelanjakan berpuluh ribu ringgit untuk membeli petrol untuk kenderaan anda. Tentu anda terasa ini adalah amat merugikan kerana duit anda telah “terbakar” sebagai bahan api untuk kenderaan anda.


Jadi, apakah penyelesaian untuk masalah ini. Anda tentu tahu bahawa setiap tahun syarikat pengeluar “Handphone” akan mengeluarkan jenama handphone yang terbaru dan yang paling canggih tetapi kenapa syarikat pengeluar kereta tidak mahu “Update” kenderaan mereka? Kenapa mereka masih menggunakan teknologi lama yang telahpun wujud lebih dari 100 tahun?

Kini telahpun ada penyelesaian. Anda tentu pernah mendengar tentang kereta yang menggunakan air sebagai bahan api? Artikel tersebut telahpun kita bincangkan dalam blog ini. Tetapi kini ada lagi teknologi yang lebih canggih dan percuma. Iaitu kenderaan yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber bahan api. Mungkin anda pernah membaca tentangnya tetapi bentuk kenderaan yang anda lihat dulu tentu nampak hodoh dan melucukan.

Kini telahpun ada kereta yang bentuknya nampak cantik dan menarik malah ia menggunakan cahaya matahari sebagai sumber bahan api.


Syarikat pengeluar kereta “Toyota” di Tokyo telahpun  berjaya menghasilkan sebuah kereta yang bentuknya cantik dan menarik serta bahan apinya pula adalah cahaya matahari. Ia boleh menghasilkan kuasa 860 watt setiap hari. Cahaya matahari boleh mencharge bateri dalam kereta tersebut  ketika kereta tersebut sedang bergerak. Jadi anda tidak perlu berhenti di station minyak untuk mencharge kereta anda.

Mungkin anda terasa kereta “Toyota” tersebut kurang cantik?
Jangan risau, Syarikat pengeluar kereta “Light Year One” juga telah berjaya menghasilkan kereta yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber bahan api. Malah kereta tersebut kelihatan lebih cantik lagi.


KESIMPULAN

Sebenarnya teknologi yang disebutkan diatas telahpun wujud sebelum ini tetapi ia tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kenapa? Kerana “Mafia” yang sedang menguasai dunia ini (atau lebih dikenali sebagai Khazar Satanist @ Illuminati) tidak mahu orang awam menggunakan teknologi ini kerana nanti “Mafia” tersebut tidak akan berjaya untuk mengawal manusia serta akan gagal untuk menguasai dunia ini.

Jadi bagaimana pula nasib kereta yang disebutkan di atas?
Kita tunggu dan lihat…………..


Sumber rujukan: