Apakah itu “Directed Energy Weapon (DEW)”?
“Directed Energy Weapon (DEW)” adalah sejenis senjata moden
yang menggunakan tenaga yang tercantum untuk menembak target. Ia terdapat dalam
3 jenis tenaga iaitu “High energy laser”, “High-power microwaves”
dan “charged particle beams”.
Ia akan dipancarkan dari Satellite, Drone, pesawat tentera
atau kapal laut tentera. Ia adalah sejenis tenaga yang terkumpul (Directed
Energy) yang akan dipancarkan ke suatu titik di bumi walaupun dari jarak jauh. Tenaga
ini bergerak pada kelajuan cahaya. Tenaga ini tidak akan dapat dilihat oleh
mata kasar kecuali dengan menggunakan sejenis kamera khas ataupun dengan
menggunakan cermin mata “infra-red”.
“Directed Energy Weapon (DEW)” mampu untuk memusnahkan
“target” tanpa diketahui oleh sesiapapun. Ini adalah suatu “senjata dajjal”
yang terbaru dan yang sering digunakan oleh Khazar Satanist @ illuminati untuk
memusnahkan “musuh” mereka.
BUKTI KEWUJUDAN “DIRECTED ENERGY WEAPON (DEW)”
Berikut adalah gambar – gambar yang membuktikan kewujudan
senjata “Directed Energy Weapon (DEW)”.
MENGHANCURKAN BANGUNAN SEHINGGA MENJADI DEBU
Pada 11 September 2001, Dunia telah dikejutkan oleh
kemusnahan dua buah bangunan tinggi di New York City, America. Bangunan
tersebut adalah “World Trade Centre”.
Bangunan tersebut telah musnah menjadi debu dalam masa
beberapa minit sahaja. Media di seluruh dunia telah membuat pengumuman kononnya
bangunan tersebut telah diserang oleh pengganas dengan menggunakan 2 buah
pesawat yang dirampas pada hari tersebut.
Itu adalah suatu penipuan yang telah dirancang oleh Khazar
Satanist @ Illuminati. Tidak ada sebarang pengganas yang terlibat dan tidak ada
sebarang pesawat yang dirampas pada hari tersebut.
Bangunan tersebut telah dimusnahkan oleh Khazar Satanist @
Illuminati dengan menggunakan senjata moden iaitu “Directed Energy Weapon
(DEW)”. Tidak ada sebarang serangan dari pesawat yang dirampas. “Pesawat” yang
ditunjukkan di media adalah palsu dan dibuat melalui komputer dengan
menggunakan technology “CGI” iaitu “Computer Generated Imagery”.
MENGHANCURKAN RUMAH SEHINGGA MENJADI DEBU
“Directed Energy Weapon (DEW)” juga telah digunakan oleh Khazar Satanist @
Illuminati untuk membakar dan menghancurkan rumah sehingga menjadi debu. Mereka
telah melakukannya di Santa Rosa,
California di Amerika.
Malah mereka juga telah menggunakannya di Palestine untuk
menghalau penduduk dari kawasan tempat tinggal mereka.
MEMBAKAR KERETA SEHINGGA MENJADI LEBUR
“Directed Energy Weapon (DEW)” juga telah digunakan oleh Khazar Satanist @
Illuminati untuk membakar dan menghancurkan kereta.
Kereta tersebut akan menjadi lebur.
MEMBAKAR HUTAN DENGAN SENGAJA
Hutan di bumi ini juga tidak terlepas dari kejahatan Khazar
Satanist @ Illuminati. Mereka membakar hutan sesuka hati mereka tanpa mengambil
kira kesan sampingan yang bakal berlaku. Mereka hanya mementingkan “agenda
jahat” mereka sahaja.
MENGHALAU MANUSIA DARI TANAH MILIK MEREKA (LAND GRAB)
Kenapakah Khazar Satanist @ Illuminati membakar rumah, kereta
dan juga hutan sesuka hati mereka:?
Jawapannya ialah kerana mereka hendak menghalau penduduk di kawasan
tersebut supaya pindah ke tempat lain. Ini adalah kerana Khazar Satanist @
Illuminati hendak mengambil alih tanah di kawasan tersebut untuk kepentingan
mereka. Ini adalah sebahagian dari “Agenda 21” yang dirancang oleh “United
Nations”.
MENYERANG MANUSIA YANG ANTI -ILLUMINATI
“Directed Energy Weapon (DEW)” iaitu dari jenis “High-power
microwaves” juga sering digunakan oleh Khazar Satanist @ illuminati untuk
menyerang manusia yang anti – illuminati atau yang membocorkan rahsia mereka
contohnya seperti wartawan, Saintis, pemimpin atau orang awam.
Saya juga sering di ganggu oleh golongan “Satanist”. Mereka menyerang
saya dengan menggunakan senjata “Directed Energy Weapon (DEW)” dalam bentuk gelombang Microwave yang akan membuatkan
otak kita kepanasan seperti sedang di masak. Jantung akan berdenyut dengan laju
seperti kena sakit jantung. Saya hampir dibunuh oleh mereka pada tahun 2018.
Hanya Allah SWT sahaja yang telah melindungi saya.
Saya telah mendapat bukti bahawa “mereka” berpusat di kem
tentera di Schriever Air Force Base, El
Paso County, Colorado, USA. (underground complex). Dari situlah mereka
melancarkan serangan “Microwave” terhadap saya.
KESIMPULAN
Apabila manusia mula berlagak seperti Tuhan, maka akan
bermulalah saat saat kehancuran di bumi ini. Tidak ada sebarang Dinasti yang
kekal untuk selama-lamanya. Semuanya akan berakhir apabila telah sampai
masanya. Khazar Satanist @ illuminati juga akan menuju zaman kehancuran seperti
mana hancurnya Dinasti Firaun di Mesir.
Hanya Allah SWT sahaja yang kekal
untuk selama-lamanya.
Sumber rujukan:
http://themillenniumreport.com/2018/07/greece-targeted-with-geoengineered-wildfire-terrorism-photos/
https://nypost.com/2018/09/01/microwaves-are-main-suspect-in-attack-on-us-diplomats-in-cuba/
https://yournewswire.com/cia-pilot-presents-evidence-that-no-planes-hit-towers-on-911/
https://youarenotmybigbrother.blog/2015/04/12/waging-the-battle-for-your-health-against-targeted-individual-no-touch-torture-directed-energy-weapon-attacks-with-supplements/
https://cemboyneroguzicsoz.wordpress.com/2014/11/05/tortured-with-directed-energy-weapons-microwave-energy-weapons/
https://yournewswire.com/cia-pilot-presents-evidence-that-no-planes-hit-towers-on-911/
https://youarenotmybigbrother.blog/2015/04/12/waging-the-battle-for-your-health-against-targeted-individual-no-touch-torture-directed-energy-weapon-attacks-with-supplements/
https://cemboyneroguzicsoz.wordpress.com/2014/11/05/tortured-with-directed-energy-weapons-microwave-energy-weapons/